AMALKAN PERKARA INI DALAM BISNES

Assalamualaikum semua :)

3 Perkara yang mesti kita amalkan dalam perniagaan
1. Sentiasa berterus-terang. Sekiranya kita tak ada sesuatu yang pelanggan inginkan, cakap saja tidak ada. Jangan menipu, penipuan pertama akan membuatkan anda melakukan penipuan kedua dan begitulah seterusnya. Orang boleh faham kalau kita tak ada kemampuan. Apa yang orang tak boleh terima ialah apabila kita berbohong. So, kesimpulannya jangan berbohong, berterus terang lebih baik.
2. Sekiranya kita tidak berminat dengan sesuatu seperti cadangan atau permintaan, cakap saja "tidak," tak perlu cakap pusing-pusing dan berbelit-belit. Tak perlu kata, "Nanti saya berikan jawapan," usah bernanti-nanti dan selepas itu senyap. Kalau janji nak beri jawapan, berikan cepat-cepat. Jangan tunggu sehingga pelanggan mengingatkan kita. Orang akan lebih sakit hati kalau kita diam berbanding kita berikan jawapan "tidak."
3. Sekiranya kita setuju, buat sampai jadi. Buat sampai habis. Buat sampai siap. Usah beri alasan demi alasan. Orang penat dengar alasan. Orang lain pun ada urusan lain.
Kalau nak buat bisnes, kena faham perkara-perkara asas dalam perundingan. Usah takut mengatakan "tidak," dan usah kecil hati apabila menerima jawapan "tidak." Ini perkara biasa dalam bisnes.


Mana nak cari kilang jahit pukal ? Boleh wasap sy +60182589681 atau boleh klik link dan wasap segera tanpa perlu save no sy :)

Terima Kasih sudi membaca :) 

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG JAHIT PUKAL

SENARAI HARGA JAHIT PUKAL 2018

SENARAI HARGA UPAH JAHIT PUKAL