TIPS BERGUNA UNTUK PENIAGA

AKTIF

Kita kena aktifkan diri kita. Macam mana ? Buat iklan selalu ( Ig, fb, laman khas iklan yg free/berbayar, dll ) Tak iklan selalu, orang taktau kita jual apa/servis apa. Kalau tak promote, sale tak jalan, income takda ! Harini iklan, 3 minggu kemudian iklan lagi. Tak boleh macam tu, hari2 kita kena iklankan perniagaan kita. Orang jemu takpe, orang unfriend takpe, orang unfollow takpe, mungkin bukan rezeki kita dengan orang tu. Contoh harini saya jual air milo , besok lusa saya tak jual . Bulan depan saya jual lagi . Ada ke pelanggan datang kalau macam tu ? Apa akan terjadi jika saya konsisten jual milo setiap hari ?


RAMAH

Berniaga ni kita kena ramah dengan pelanggan. Kenapa ? Okay, ada tak orang suka berurusan dengan seller yang bermuka ketat, masam tak senyum, garang ?? Kalau ada, orang tu pelik la agak nye . Kalau kita pun jumpa promoter kedai yang macam tu, kita tak suka kan . Nampak macam dia berlagak, sombong . Betul tak ? So kita pun jangan lah buat macam tu. Ramah dan berpura-pura ramah lain tau . Taktau la kalau orang lain, tapi saya tau kalau orang tu berpura-pura ramah. Dalam whatsapp macam mana nak jadi friendly dengan orang ? Gunakanlah emoticon .


SABAR

Memang ada masa kita akan rasa macam nak marah dengan customer. Tapi kita kena sabar, biasa la tu, rambut sama hitam hati lain-lain kan ? Bukan semua org cepat tangkap apa yang kita sampaikan. Kita kena explain banyak kali takpe, sabar je. Cakap elok-elok sudah. Tak perlu marah-marah. Lagipun customer always right kan ?


YAKIN

Yang ni saya maksudkan keyakinan semasa berkomunikasi. Janganlah sikit-sikit cakap "ermmmm, ermmm" Nak cakap, cakap terus. Kalau kita jawab pun dah tergagap, macam mana orang nak yakin dengan kita. Betul tak ?


ILMU

Ni paling penting. Ilmu kena ada. Kita kena belajar semua perkara. Bukan pasal produk  yang kita jual sahaja. Ilmu ni merangkumi semua perkara .


Okay tu je la . Nak sambung buat kerja . Nak buat tempahan jahit pukal boleh wasap kami segera. Masih banyak slot kosong untuk akhir tahun 2017 ni.

+60182589681 call/whatsapp

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG JAHIT PUKAL

SENARAI HARGA JAHIT PUKAL 2018

SENARAI HARGA UPAH JAHIT PUKAL